Jumlah Pengunjung:



Facebook YouTube Flickr Twitter

Sertailah Blog Keusahawanan Negeri Perak

YB Dato' Hamidah Osman
YB Dato' Hamidah Osman

PendahuluanPendahuluan

Salam sejahtera. 

Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat.  Semoga kita semua dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna hendaknya.

Setiap kali Ramadhan pastinya ramai usahawan bekerja lebih keras untuk memenuhi pelbagai permintaan pengguna yang mencurah-curah terutamanya pengusaha makanan, pakaian, perabot, langsir, karpet dan juga butik perkahwinan.  Ramai juga yang mengambil peluang bulan yang mulia ini untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan secara 'online'.  Saya mendoakan agar usaha anda semua akan diberkati Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.  Semoga rezeki yang diperolehi boleh dikongsi dengan insan yang tidak bernasib baik seperti golongan fakir miskin dan anak yatim.

Tahniah kepada Vida Beauty Sdn. Bhd. yang telah melancarkan laman webnya baru-baru ini.  Vida Beauty juga telah bermurah hati untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada beberapa rumah anak yatim seperti Ar-Raudhah, Nurul Iman, Darus Salam dan Hawa.  Semoga usahawan lain dapat mencontohi kejayaan dan kerja kebajikan yang dijalankan oleh Vida Beauty Sdn. Bhd. untuk terus sama-sama memajukan dan meningkatkan jumlah usahawan dan juga memakmurkan Negeri Perak.

Suka saya untuk mengambil kesempatan ini untuk menyeru anak-anak yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atas pelbagai sebab agar rebutlah peluang yang ditawarkan oleh kerajaan untuk menertai pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan seperti APBM, MARA, IKM dan sebagainya.  Kursus kemahiran adalah yang terbaik untuk diikuti agar kemahiran diri dapat dipelbagaikan sesuai dengan kehendak pasaran semasa seperti jahitan pakaian, sulaman, andaman, solekan, membaiki kenderaan, membaiki alat penghawa dingin, memasak dan banyak lagi.

Selamat maju jaya untuk semua.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"TRANFORMASI KUALITI TERAS 1MALAYSIA"

Pendahuluan | Pembiayaan | Latihan | Peluang Baru | Isu dan Cabaran | Hubungi Kami | Kebajikan

© PERAKINI, Pusat Sumber Keusahawanan Negeri Perak. Hakcipta terpelihara.

Pegawai Komunikasi Portal Pembangunan Usahawan
Aras 5, Bangunan Perak Techno Trade Centre,
Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
MALAYSIA
Tel: 05 - 5290 905 Faks: 05 - 5290 902